Pelan Mesra



Pelan Mesra merupakan pelan Takaful yang sangat unik dimana ia menawarkan Perlindungan serta Simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini amat sesuai kepada semua orang yang berumur antara 6 bulan sehingga 60 tahun. Dengan kadar simpanan yang tertentu, peserta akan menerima manfaat yang cukup besar sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal atau sijil tamat tempohnya. Pelan ini sesuai untuk menjamin pendapatan peserta atau sebagai salah satu perancangan untuk persaraan nanti.

Ciri-Ciri
·         Perlindungan beserta simpanan.
·         Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 60 tahun.
·         Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh adalah disertakan dalam pelan.
·         Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 79 tahun.
·         Simpanan minimum bulanan ialah RM 50.00 sahaja dan tiada had maksimum.
·         Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
·         Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
·         Tiada Lien untuk Juvana.

Manfaat
·         Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal (akibat penyakit).
·         Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan).
·         Dana Penyakit Kritikal (pilihan).
·         Pampasan Kemsukan Hospital (pilihan).
·         Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).
·         Dana Pengebumian (segera).
·         Simpanan telah dizakatkan.
·         Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan (Income Tax)