Pelan Sarjana



Pelan Sarjana

Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan Perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancangan Kewangan Pendidikan Anak anda di hari esok. Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.


Pelan Sarjana ialah pelan simpanan pendidikan untuk kanak-kanak. Pelan ini sesuai untuk merancang pembiayaan pendidikan kanak-kanak itu untuk terutamanya di menara gading. Cantiknya pelan ini ialah sekiranya pembayar kepada kanak-kanak ini meninggal, Etiqa akan menyambung simpanannya sehingga tamat tempoh polisi. Selain itu juga, Etiqa akan memberikan wang saku kepada kanak-kanak itu sehingga tamat tempoh polisi. Uniknya, pelan ini akan memberikan anugerah kepada kanak-kanak itu apabila dia cemerlang di dalam peperiksaan.

Ciri-ciri
·         Perlindungan beserta simpanan.
·         Had umur penyertaan minimum ialah 14 hari dan maksimum 17 tahun.
·         Perlindungan minimum 5 tahun dan maksimum 25 tahun.
·         Umur matang minimun ialah 13 tahun dan maksimum 25 tahun.
·         Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 33 tahun dan maksimum 87tahun.
·         Simpanan minimum bulanan ialah RM 80.00 sahaja dan tiada had maksimum.
·         Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
·         Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
·         Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh, keseluruhan jumlah perlindungan dan jumlah simpanan terkumpul akan dibayar.
·         Tiada Lien untuk Juvana.

Manfaat Anak
·         Dana Perlindungan (Kematian dan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh kepada anak).
·         Tabung Simpanan.
·         Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
·         Biasiswa Tahunan (sekiranya berlaku kematian kepada pembayar).
·         Dana Pengebumian (segera).
·         Anugerah Kecemerlangan Akademik:

 UPSR (5A) = RM 500.00
               PMR (8A) = RM 750.00              
 SPM (8A) = RM 1000.00
                STPM (5A) = RM 1000.00             

Manfaat Pembayar
·         Simpanan akan diteruskan oleh Etiqa Takaful sehingga sijil matang sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal kepada pembayar.
·         Dana Khas Keluarga sekiranya pembayar meninggal atau hilang upaya kekal.
·         Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan (Income Tax).